Selamat Datang Ke Blog
Kem Tahfiz Musim Cuti Sekolah 2012
Anjuran: SMU(A) Darul Saadah, Batu Karang,
Pasir Mas, Kelantan
Laman Web Rasmi : www.smuads.com
PROGRAM KEM TAHFIZ MUSIM CUTI SEKOLAH
TAHUN 2012
PENGENALAN
Sabda Nabi S.A.W. , "Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya dengan sempurna lalu mengharamkan perkara yang haram dan menghalalkan perkara yang halal maka, Allah Taala akan memasukkannya ke dalam syurga dan diberikan keizinan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang ahli keluarga"Oleh yang demikian, untuk melahirkan generasi "Jiilul Quran" yang amilin, maka KELAS TAHFIZ AL-TAQWA SMU(A) DARUL SAADAH ditubuhkan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Dengan penubuhan kelas ini diharap dapat menjadi satu institusi pendidikan yang terulung dalam pengembelengan ilmu duniawi dan ukhrawi.
Semoga melalui pelaksanaan Kem Tahfiz 2012 ini dapat melahirkan insan yang kamil dan berketerampilan dan berdaya saing serta mampu menjadi inspirasi serta qudwah kepada masyarakat.
MAKLUMAT PROGRAM KEM TAHFIZ 2012
Tarikh : 15 November 2012 - 9 Disember 2012 (25 hari)Tempat : SMU (A) Darul Saadah, Batu Karang, Pasir Mas, Kelantan
Bayaran : RM 400.00 sahaja
* Sepanjang kem termasuk : Makan, minum dan penginapan
Penyertaan dibuka sekarang!
Pengambilan adalah terhad untuk 100 orang peserta lelaki sahaja.
OBJEKTIF PROGRAM KEM TAHFIZ 2012
- Meningkatkan kemahiran dan penguasaan Al-Quran dan tajwid
- Meningkatkan kefahaman dalam perkara asas fardhu ain seperti amali solat dan amali wuduk
- Melatih pelajar solat lima waktu berjemaah dan solat-solat sunat
- Membina disiplin dan jati diri pelajar
- Memupuk sifat mahmudah dalam diri pelajar
- Melatih pelajar berdikari
- Pengajian kitab, hadis dan sirah nabi
- Mengisi masa lapang sempena cuti sekolah dengan program bermanfaat dan meningkatkan ilmu agama para peserta.
SASARAN PESERTA
- Pelajar lelaki yang berumur 11 sehingga 13 tahun
- Pelajar yang sedang menunggu keputusan UPSR digalakkan memohon
- Pelajar lelaki yang berumur 14 sehingga 15 tahun boleh dipertimbangkan
KURIKULUM KEM TAHFIZ 2012
A. Kelas Tahfiz :Tahap Pertama : Al-Quran - Surah Al-Baqarah
Tahap Kedua : Surah-surah pilihan - Yaasin, Al-Waqiah, Ad-Dukhan, As-Sajdah dll.
Tahap Ketiga : Qiraati @ Iqra'
B. Kelas Fardhu Ain
Perkara asas fardhu ain termasuk amali solat dan wuduk.
JADUAL MAKAN PESERTA
ATURCARA HARI PENDAFTARAN (15 November 2012- Khamis)
09.00 - 10.30 pagi : Pendaftaran Peserta11.00 - 12.00 tengahari : Taklimat kepada ibubapa dan peserta kursus
12.00 tengahari : Jamuan ringan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
- Musolla / Masjid
- Bilik Penginapan
- Padang Permainan
- Kantin & Dapur
- Bilik Air & Tandas
- Bilik Pengajian
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
- Al-Quran / Buku Iqra'
- Dua pasang jubah
- Kopiah dan serban
- Alat-alat kebersihan diri seperti berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu rambut dll.
- Seluar trek, baju sukan dan kasut sukan
- Sarung bantal dan selimut
- Alas tidur (toto)
- Penyangkut baju
BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR ?
Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi segera :- Ustaz Hj. Abdul Halim Bin Muhamad : 019-9558227
- atau Ustaz Hj. Mohd Rawi Bin Che Omar : 017-9197157 / 016-9626910
MAKLUMAT PEMBAYARAN
Bayaran boleh dilakukan ke akaun BIMB (Pasir Mas) :
NO. AKAUN AL-TAQWA : 03027010036532* Borang Pendaftaran dan Bayaran boleh dilakukan pada Hari Pendaftaran. Tempat adalah terhad.
Sila hubungi Ustaz Hj. Abdul Halim Bin Muhamad (019-9558227) atau Ustaz Hj. Mohd Rawi Bin Che Omar (017-9197157 / 016-9626910) untuk tempahan.
* Kami juga menerima sumbangan dan derma ikhlas tuan/puan bagi menjayakan Kem Tahfiz 2012 ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi SMU(A) Darul Saadah di www.smuads.com
Sekian, terima kasih.